Assalamualaikum,
Akhir2 ini penyakit HFMD iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut, mula menular dan dijangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Ini menjadi kebimbangan para ibu bapa terhadap risiko jangkitan terhadap anak mereka. Dijangkiti melalui sentuhan secara langsung cecair serta lepuhan, cecair dan juga najis kanak-kanak.
Rawatan dari awal perlu dibuat, kerana penyakit ini boleh mengakibatkan kematian.
sila baca keterangan lanjut HFMD
Tanda-tanda HFMD
- Demam berterusan dan sekejap sejuk.
- Sakit Tekak dan hilang selera makan.
- Ulser pada tekak, mulut dan lidah
- Ruam serta lepuhan pada tangan, kaki dan kawasan diapers.
Tip Merawat HFMD secara semulajadi.
Menjaga kebersihan adalah salah satu faktor penting bagi mencegah jangkitan penyakit ini berlaku, ibu bapa seharusnya mengambil langkah tersebut. Disini saya akan kongsikan cara merawat HFMD dengan menggunakan bahan/suplement semulajadi.
1. Air Kosong
Selalu beri air yang cukup untuk anak-anak bagi mengelakkan panas badan yang boleh mengakibatkan demam.
2. Gel Aloe vera
Gel aloe vera menpunyai rasa yang sejuk, sapukan pada tempat yang melepuh dan bahagian yang gatal. Ini dapat menghilangkan rasa yang tidak selesa.
3. Air Kelapa Muda
Air Kelapa muda mengandungi antioksida, sangat bagus diberikan kepada anak kecil sebagai alternatif. Berupaya melawan penyakit dan boleh meredakana demam.
2. Suplement.
Mengambil suplement semulajadi amat perlu bagi mengurangkan lepuhan dan ruam.
3. Merawat dengan suplement Shaklee boleh membantu mempercepatkan lagi kering lepuhan dan hilangkan ulser di mulut.
Nutriferon
Dapat menguatkan sistem pertahanan dalam badan dengan kandungan inteferon semulajadi yang diperbuat dari campuran biji labu. Dapat mengurangkan demam dikalangan kanak-kanak.
Meal shakes
Susu Mealshake adalah multivitamin yang cukup dengan nutrisi, dapat menguatkan enzim antibodi dalam tubuh. Disamping dapat menambah selera makan.
Vita-Lea
Multivitamin kanak-kanak, membantu menguatkan sistem imun.
Krim Herbal Blend
Krim ini boleh disapu dibahagian luar untuk mempercepatkan lagi lepuhan menjadi kering. Tidak mengandungi paraben sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.
Basic H.
Pencuci semulajadi Basic H ni bukan sekadar untuk membersih barang-barang keperluan kanak-kanak, boleh guna dibuat sebagai mandian dan mencuci lepuhan tersebut. Dibuat dari minyak kelapa tiada bahan kimia bahaya.
Testimoni HFMD
Nama Saya Nor Hawana Mohd Tahir. Saya bekerja sebagai Pembantu Pustakawan dan mempunyai 2 cahaya mata. Kali ni Saya nak berkongsi kisah anak lelaki Saya Naeem Akmal yang terkena penyakit tangan kaki mulut atau HFMD.
.
Kisah anak Saya bermula pada awal tahun 2017 yang lepas. Saya telah menghantar anak Saya ke sekolah tadika. Baru je mula sekolah sekitar 2 minggu macam tu dia dah kena cuti.
.
Alkisahnya, tangan siku kaki dan tepi mulut anak Saya tumbuh biji-biji merah dan biji air gelembung. Saya sedar biji-biji ni tumbuh pun hari kedua selepas anak Saya mengadu dia tak boleh nak berjalan dan memakai selipar. Biji- biji ni tumbuh selepas dia demam.
.
Kita ni bila dah jadi Ibu dengar ke tengok anak tak sihat mulalah jiwa tu berkocak semacam kan. Bukan apa risau tengok keadaan anak. Ibu mana lah sanggup tengok anak kecil kesakitan macam tu kan. Saya kurang pasti dia dapat HFMD dari mana.
.
Saya tunjuk pada kawan-kawan dan kakak. Masing-masing confuse sama ada anak Saya kena HFMD atau Chicken pox. Saya yang dengar ni mula lah gelabah. Petang tu lepas kerja, Saya terus bawa anak pergi Klinik.
.
Masa di klinik doktor pun tak pasti sama ada HFMD atau tak sebab dalam mulut anak takde tumbuh biji merah. Dapatlah ubat demam dan ubat sapu. Balik je rumah Saya ambil herba blend dan mandikan anak Saya dengan basic H. Semua baju-baju anak pun Saya rendam dengan Basic H.
.
Kebetulan Saya ada dapat beberapa stick Nutriferon, Saya pun bagi pada anak. Chewable vita C pun Saya bagi juga. Tapi anak lelaki Saya ni kurang gemar benda masam jadinya susah gak la nak paksa dia makan vitamin tu.
.
Kalau nak tahu, Saya memang selalu sapu herbal blend dan mandikan anak dengan basic H bila badan anak-anak dah start dedor nak demam.☺Kiranya ni tindakan pantas Saya sebelum bawa dorang ke klinik. Okay, sambung kisah tadi.
.
Alhamdulillah, lepas beberapa hari biji-biji merah yang ada di tepi mulut, tangan, siku dan kaki pecah dan kering. Lega sangat bila tengok keadaan anak beransur pulih dan boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
Moga perkongsian Saya ni dapat memberi manfaat untuk kawan-kawan, ibu-ibu dan ayah-ayah yang membaca entry ini.
Sekiranya anak anda dijangkiti HFMD, segeralah berjumpa doktor dan ambillah langkah awal bagi mencegah penyakit HFMD bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Untuk dapatkan suplement diatas, anda boleh terus menghubungi saya untuk dapatkan info.
Call/Whatapps/msg : Puan Norma 0129810664
FB : Nor Ma.
Penghantaran seluruh Malaysia.
Cod Area : Kuala Terengganu, Bukit Payong Marang.