Assalamualaikum, hai semua,
Saya pasti ramai yang mahukan kulit yang cantik tak kiralah wanita ataupun lelaki. sehingga ada yang sanggup mencuba produk yang merbahayakan kulit dan kesihatan. Sebelum itu anda perlulah mengenali dulu masalah wajah anda dan struktur kulit serta mengamalkan gaya hidup sihat untuk mendapatkan kulit yang cantik.
Struktur Kulit
Kulit mempunyai 3 lapisan iaitu lapisan pertama dikenali epedermis, terbentuk daripada keratin, kedua dermis yang mengandungi kalogen dan gentian kenyal dipenuhi saraf dan salur darah serta kelenjar minyak dan peluh yang menghasilkan sebum. dan yang ketiga terdiri dari sel lemak iaitu tisu dibawah kulit.
Kulit yang cantik, licin, tegang dan anjal menjadi idaman setiap orang. Apa pun perlu diketahui, perubahan hormon juga menyebabkan kulit berminyak dan berjerawat. Jesteru itu, kebersihan perlulah dititikberatkan. Nilai PH yang normal pada kulit adalah 4.2 hingga 5.6 bagi memastikan ia sentiasa sihat. dan membantu menyekat pertumbuhan bakteria yang menyebabkan masalah seperti jerawat.
10 Cara Untuk Dapatkan Kulit yang Cantik
1. Membersihkan Kulit Muka.
Bersihkan muka 2 kali sehari, dengan menggunakan pencuci muka yang lembut selamat. Penggunaan sabun yang banyak buih secara berlebihan adalah tidak digalakkan, ini akan membuat muka bertambah kering dan boleh menyingkirkan sebum. Elakkan menggunakan pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit.
2. Menggunakan Penyegar.
Penyegar adalah sangat penting untuk menutup liang roma nak2 yang mempunyai kulit berminyak, ia akan membuat kulit anda menjadi kering dan mengecutkan liang roma. Boleh mengurangkan kulit berminyak.
3. Pelembab.
Pelembab menbantu mengekalkan kelembapan kulit. Kulit yang berminyak seharusnya tidak menggunakan pelembab secara berlebihan, ini akan membuatkan muka anda akan lebih berminyak.
4. Lindungi Kulit daripada cahaya Matahari.
Kulit akan menjadi rosak jika terdedah pada sinaran matahari. Gunakan krim yang mempunyai pelindung matahari. Ini boleh mengelakan terjadinya jeragat dan tompok hitam yang menebal pada muka.
5. Bersenam Secara Berkala
Melakukan senaman secara rutin dapat menjaga kesihatan dan kecantikan. Dimana ianya dapat melancarkan pengaliran darah ke seluruh organ termasuk kulit bagi mengekalkan kesihatan kulit. Kulit menjadi tegang dan tak kendur. Lakukan senamrobik dua kali seminggu ataupun mengayuh basikal.
6. Tidak Merokok.
Bahan yang berbahaya dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut serta kulit menjadi kusam.
7. Minum Air 8 Gelas Sehari
Meminum air kosong sebanyak 8 gelas sehari boleh memberi kelembapan pada kulit terutamanya kulit muka.
8. Diet Seimbang
Cara pemakanan yang sihat perlulah diamalkan agar kita mendapat makanan yang seimbang. Keperluan sumber protein, serat, lemak, vitamin dan mineral adalah penting untuk membentuk kulit yang cantik.
9. Buahan dan Sayuran.
Pengambilan sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan pelbagai vitamin dan antioksida seperti vitamin c, amatlah digalakkan supaya dapat melawan radikal bebas yang merosakkan kulit.
10. Amalan Memakan Makanan Tambahan
Sekiranya anda tidak cukup masa atau tidak konsisten mengamalkan diet seimbang, anda bolehlah mengamalkan vitamin semulajadi seperti Vitamin C, Vitamin E, Sumber Protein yang mengandungi asid amino seperti ESP, Gla Complex untuk Stabilkan hormon serta Vitalea yang mempunyai 28 jenis vitamin. Ini adalah untuk kecantikan dalaman, terpulanglah kepada anda samada cukup atau tidak nutrisi dalam diet anda.
Skincare Youth Shaklee
Skincare semulajadi 100% dari tumbuhan, selamat dan bebas daripada bahan kimia bahaya yang boleh merosakan kulit dan menyebabkan kanser. Sangat sesuai digunakan pada kulit kerana mempunyai nilai PH yang rendah, serta tidak berbuih. Dan yang paling suka adalah baunya adalah semulajadi dari tumbuhan.
Rangkaian Produk Youth Skincare
1. Luminous Gel Oil Cleanser (125ml)
3 dlm 1 tidak mengandungi sabun.PH seimbang. Membersih, memperhalus dengan lembut dan menyucikan.
2. Perfecting Skin Toner (177ml)
Membersihkan sel kulit mati, menghidrat dan bekalan nutrisi pada kulit.
3. Youth Activating Serum (30ml)
Mengandungi 10x ganda bahan aktif untuk pembaharuan sel dan menggalakkan penghasilan kalogen untuk keserian kulit.
4. Radiance C + E (60 kapsul)
Mengebu, mencerah dan mengurangkan penampilan garis halus, kedutan pigmentasi dan menambah baik tekstur serta tona kulit yang lebih sekata.
5. Age Defense Moisturizer SPF 50(50ml)
Melindungi kulit daripada sinaran berbahaya, menyuburkan dan melembabkan kulit.
6. Advance Renewal Night Cream (50ml)
Menyokong proses pembaharuan sel kulit semasa tidur agar lebih cerah, muda, licin dan berseri.
Setiap produk di dalam rejimen ini dihasilkan daripada vitamin2 anti penuaan dan polifenol untuk memberi manafaat rawatan. “Look Younger Longer”.
Sekiranya anda berminat bolehlah Whatsapp saya dan boleh juga membuat pembelian secara online. Sila Klik di bawah.