Lecithin

Tahu tak yang Lecithin boleh didapati dari sumber haiwan dan tumbuhan seperti kuning telur, kubis, kacang hijau, kacang soya dan lain-lain.

Lecithin shaklee adalah dari ekstrak dari kacang soya organik bukan GMO,  setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya. termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol.  Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Image result for lecithin shaklee png

Kelebihan Lecithin.

Menyerap vitamin yang larut lemak – Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.

Melindungi hati – Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. juga membantu memulihkan kesihatan hati.

Pemecahan lemak dan kolestrol –  Lecithin bertindak sebagai ‘Pembersih’  salur darah,pengambilan tambahan membantu  mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid didalam tubuh.

Pelangsingan – Menghalang obesity, pengambilan  dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

Mencantik otot dan kulit -Membentuk membran sel, melembab dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

Mengurangkan alergi –  Menghalang plattelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung didalam salur darah  seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit – dermatitis, demam alergi.

Menghalang terjadinya batu karang – 90% batu karang terjadi daripada kolestrol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk  menyekat kejadian batu karang.

Mempertingkatkan daya ingatan dan mengurangkan stress.  mengandungi kolin yang membentuk  penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan  kuasa pembelajaran,  memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. wanita  hamil harus mengambil  jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.

Meringankan sembelit – Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.

Menghalang tekanan darah tinggi –  Memperbaiki tekanan darah tinggi dan  menghalang arteriosissklerosis, menggalakkan  peredaran darah.

Memperbaiki prostat lelaki – kajian  membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kunatiti lecithin yang banyak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge